BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 19 May 2014

RUFAIDAH SA'AD vs FLORANCE NIGHTINGALE


 Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Illahi, kita diberi kesempatan untuk terus hidup di atas bumi Allah S.W.T. dan masih berada dalam nikmat IMAN dan ISLAM.

Entry kali ini adalah mengenai TOKOH JURURAWAT  iaitu--->

RUFAIDAH SA'AD vs FLORANCE NIGHTINGALE

SIAPAKAH MEREKA?? In Shaa Allah kita akan sama2 bincang dan berkongsi cerita mengenai dua tokoh ini. 

TOKOH JURURAWAT ISLAM PERTAMA DIDUNIA----> RUFAIDAH BINTI SA'AD (570-632MASIHI)

Adakah ini Rufaidah?
Nama diberi Rufaidah Binti Sa'ad Al-Aslami. Beliau di lahirkan di Yathrib yang kini dikenali sebagai Madinah pada tahun 570 Masihi dan wafat pada 632 Masihi. Beliau adalah dari bani Khazraj.Rufaidah hidup pada masa Rasulullah SAW pada  abad pertama Hijriah atau abad ke-8 Masihi. Beliau termasuk golongan kaum Ansar (Golongan pertama yang menganut agama Islam di Madinah).

Bapa Rufaidah merupakan seorang doktor, Rufaidah mengambil peluang belajar ilmu kejururawatan ketika beliau membantu bapanya merawat pesakit. Ketika Kota Madinah pesat membangun dan penyebaran islam secara meluas, beliau dengan sukarelanya merawat orang yang sakit dan saat tiadanya peperangan atau aman, Beliau mendirikan khemah perubatan diluar Masjid Nabawi juga untuk merawat orang yang sakit.

Dengan kepakaran dalam bidang kejururawatan , hati beliau terpanggil  untuk bersama2 menyertai Rasulullah dalam beberapa peperangan islam antaranya Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandaq/Ahzab, dan Perang Khaibar untuk merawat tentera islam yang terluka akibat peperangan tersebut. Dimedan peperangan, Beliau mendirikan khemah sehingga Rasulullah sendiri memerintah tentera islam yang terluka dirawat di Khemah Rufaidah. Rufaidah Al-Asalmiya melatih beberapa kelompok wanita untuk menjadi jururawat, dan dalam perang Khaibar mereka meminta izin kepada  Rasulullah SAW untuk ikut di barisan belakang pertempuran/peperangan untuk merawat para mujahid yang terluka. Rasulullah s.a.w telah memperkenankan permintaan mereka. Dengan penuh semangat dan keazaman yang tinggi, kumpulan perubatan yang diketuai oleh Rufaidah telah menjalankan tugas dengan baik sehinggakan Rasulullah s.a.w mengurniakan sebahagian harta rampasan kepada mereka. Bahagian yang diterima oleh Rufaidah sama banyak jumlahnya dengan seorang mujahid yang turun berjihad di barisan depan di medan perang.Semasa Perang Khandaq, Panglima Sa’ad bin Mu’adz yang cedera telah dihantar ke khemah perubatan yang telah dibina dan kemudiannya Pahlawan yang berani itu kemudiannya telah dirawat oleh Rufaidah. Dengan kepakaran yang dimiliki, Rufaidah telah berjaya mencabut anak panah yang terpacak di lengan Sa’ad Bin Mu’adz.

mujahidah dibarisan belakang bersama dalam peperangan islam.


Dalam sejarah Islam tercatat beberapa nama yang bekerja bersama Rufaidah seperti Ummu Ammara, Aminah binti Qays Al-Ghifariyat, Ummu Ayman, Safiyah, Ummu Sulaiman, dan Hindun. Di masa sesudah Rufaidah, ada pula beberapa wanita Muslim yang terkenal sebagai Jururawat. Di antaranya Ku’ayibah, Aminah binti Abi Qays Al-Ghifari, Ummu Atiyah Al-Ansariyah, Nusaibah binti Ka’ab Al-Maziniyah, dan Zainab dari kaum Bani Awad yang pakar dalam penyakit dan bedah mata.

Sumbangan Rufaidah bukan hanya merawat mangsa-mangsa cedera di medan perang, malah beliau telah terlibat dalam kerja sosial dalam masyarakat itu. Beliau datang bagi bantuan kepada setiap orang Islam yang memerlukan pertolongan serta memenuhi keperluan mereka, antara golongan itu ialah: orang miskin, anak-anak yatim, cacat dan pesakit mental/gangguan jiwa. Beliau menjaga anak-anak yatim, memelihara mereka , dan mengajar mereka.

Sejarah mencatatkan bahawa Rufaidah adalah seorang jururawat yang cemerlang yang mempunyai banyak ciri-ciri pengamal perubatan yang sangat istimewa.

Di antaranya ialah :

1-Seorang yang sangat baik, dedikasi dan mempunyai empati yang tinggi. 

2-Seorang pengurus dan ketua yang berkebolehan yang mampu menggerakkan pasukannya  untuk menghasilkan tugas yang terbaik.

3-Berkemahiran klinikal tinggi dan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu mengajar dengar  jururawat-jururawat lain yang bekerja bersama-samanya.

4-Beliau tidak menghadkan tugasnya di dalam situasi klinikal sahaja, malah turut turun ke padang melihat sendiri keadaan masyarakat untuk menyelesaikan masalah sesuatu penyakit dari akar umbi.

5-Sumbangan Rufaidah tidak terhad kepada merawat orang sakit sahaja. Sifat yang dimilikinya membuatkan Rufaidah bukan sekadar jururawat biasa. Beliau juga bertindak sebagai seorang aktivis sosial yang gemar ‘menjaga tepi kain orang/ambil tahu/ambil berat’ dan menyelesaikan masalah masyarakat. Tenaganya banyak disalurkan kepada kerja-kerja kebajikan dan tanggungjawab sosial di kalangan masyarakat.

6-Pelbagai golongan muslim telah didekati Rufaidah sama ada yatim piatu mahupun orang kurang upaya. Mengajar anak-anak yang buta huruf juga menjadi sebahagian daripada rutin dalam jadual hidup wanita istimewa ini.

TOKOH JURURAWAT BRITISH MODEN PERTAMA---> FLORANCE NIGHTINGALE (1820-1910)

Inilah Florance Nightingale






 
"The Lady Of the Lamp"


Florence Nightingale adalah pelopor ilmu kejururawatan modern, penulis dan ahli statistik. Berasal dari Firenze (Florance), Italia. Lahir 12 Mei 1820, kemudian meninggal dunia di London, Inggeris, 13 ogos 1910 pada usia 90 tahun.Ayah Florence bernama Wiliam Nightingale seorang tuan tanah kaya di Derbyshire, London. Ibunya Frances (“Fanny”) Nightingale née Smith ,keluarga Nightingale adalah keluarga terpandang.  Semasa kecil Florence Nightingale tinggal di Lea Hurst yaitu sebuah rumah besar dan mewah milik ayahnya. Saat usia remaja, Florence tidak seperti anak orang kaya yang lain, yang kebanyakan suka bermalas-malasan dan berfoya-foya, Florence lebih banyak beraktivitas diluar rumah membantu warga sekitar yang memerlukan bantuan.


Namun hasrat Florence adalah tetap menjadi perawat. Ketika berumur 20 tahun ia meminta ijin kepada orang tuanya untuk memasuki rumah sakit dan mempelajari keperawatan, tetapi orang tuanya tetap tidak mengijinkan karena rumah sakit pada saat itu keadaannya sangat memprihatinkan. Walaupun dilarang, semangat Florence untuk menjadi perawat tidak pupus. - See more at: http://askep-net.blogspot.com/2012/02/florence-nightingale.html#sthash.e1H7ARGj.dpuf
Keinginan Florence menjadi jururawat ditentang keras oleh ibu dan ayahnya kerana pada saat itu ditempatnya jururawat dianggap sebagai pekerjaan hina. Ayahnya setuju jika Florence mengabdikan diri untuk kemanusiaan, namun ayahnya tidak setuju jika ia menjadi jururawatt di rumah sakit/ hospital, karena saat itu rumah sakit/hospital adalah tempat yang kotor dan menjijikan dan tidak setaraf dengan kedudukan mereka.


Namun hasrat Florence adalah tetap menjadi perawat. Ketika berumur 20 tahun ia meminta ijin kepada orang tuanya untuk memasuki rumah sakit dan mempelajari keperawatan, tetapi orang tuanya tetap tidak mengijinkan karena rumah sakit pada saat itu keadaannya sangat memprihatinkan. Walaupun dilarang, semangat Florence untuk menjadi perawat tidak pupus. - See more at: http://askep-net.blogspot.com/2012/02/florence-nightingale.html#sthash.e1H7ARGj.dpuf
Namun hasrat Florence adalah tetap menjadi perawat. Ketika berumur 20 tahun ia meminta ijin kepada orang tuanya untuk memasuki rumah sakit dan mempelajari keperawatan, tetapi orang tuanya tetap tidak mengijinkan karena rumah sakit pada saat itu keadaannya sangat memprihatinkan. Walaupun dilarang, semangat Florence untuk menjadi perawat tidak pupus. - See more at: http://askep-net.blogspot.com/2012/02/florence-nightingale.html#sthash.e1H7ARGj.dpuf
Namun hasrat Florence adalah tetap menjadi perawat. Ketika berumur 20 tahun ia meminta ijin kepada orang tuanya untuk memasuki rumah sakit dan mempelajari keperawatan, tetapi orang tuanya tetap tidak mengijinkan karena rumah sakit pada saat itu keadaannya sangat memprihatinkan. Walaupun dilarang, semangat Florence untuk menjadi perawat tidak pupus. - See more at: http://askep-net.blogspot.com/2012/02/florence-nightingale.html#sthash.e1H7ARGj.dpuf
Namun hasrat Florence adalah tetap menjadi perawat. Ketika berumur 20 tahun ia meminta ijin kepada orang tuanya untuk memasuki rumah sakit dan mempelajari keperawatan, tetapi orang tuanya tetap tidak mengijinkan karena rumah sakit pada saat itu keadaannya sangat memprihatinkan. Walaupun dilarang, semangat Florence untuk menjadi perawat tidak pupus. - See more at: http://askep-net.blogspot.com/2012/02/florence-nightingale.html#sthash.e1H7ARGj.dpuf
Namun hasrat Florence adalah tetap menjadi perawat. Ketika berumur 20 tahun ia meminta ijin kepada orang tuanya untuk memasuki rumah sakit dan mempelajari keperawatan, tetapi orang tuanya tetap tidak mengijinkan karena rumah sakit pada saat itu keadaannya sangat memprihatinkan. Walaupun dilarang, semangat Florence untuk menjadi perawat tidak pupus. - See more at: http://askep-net.blogspot.com/2012/02/florence-nightingale.html#sthash.e1H7ARGj.d
ketika berumur 20 tahun, florance meminta izin keluarganya untuk menceburi bidang ini tetapi masih ditentang. namun semangatnya tidak pernah luntur atau pudar dalam meneruskan cita-cita nya.

Sama seperti Rufaidah, Florance juga menyertai dan menawarkan dirinya dalam merawat perajurit-perajurit yang terluka dalam perang Krimea dan konstantinople. kebanyakkan perajurit yang meninggal bukan disebabkan peluru atau bom tetapi kerana kurangnya jururawat dalam merawat mereka yang cedera. hampir sepanjang usia muda nya, Florance menghabiskan masa merawat dan menjaga pesakit di medan perang serta membersihkan kawasan rumah sakit atau khemah perubatan untuk keselesaan pesakit.

Beliau dikenali "The Lady Of the Lamp" kerana pada setiap malam beliau akan meronda untuk melihat keadaan pesakit serta mencari perajurit-perajurit yang masih hidup untuk diberi rawatan dalam keadaan gelap gelita, dengan itu beliau membawa lampu pelita.

Florence menggunakan duit sumbangan daripada orang-orang inggeris atas jasanya untuk membangun sebuah institusi khas untuk jururawat .Florence menegaskan  bahawa dengan adanya institusi ini,profession kejururawatan akan lebih dipandang dan dihargai dan berharap keluarga dapat mengizinkan anak-anak mereka menceburi bidang ini.,institusi (kini dikenali Florence Nightingale School of Nursing and Midwifery) tersebut pun didirikan di lingkungan rumah sakit St. Thomas Hospital, London. Dunia kesihatan pun menyambut baik diatas pembukaan institusi tersebut.

Pada tahun 1883 Florence dianugerahkan pingat Palang Merah Kerajaan (The Royal Red Cross) oleh Ratu Victoria. Pada tahun 1907 Florence Nightingale dianugerahi dengan bintang jasa The Order Of Merit dan Florence Nightingale menjadi wanita pertama yang menerima bintang tanda jasa ini. Pada tahun 1908 ia dianugerahkan Honorary Freedom of the City dari kota London.


Terlalu banyak sumbangan serta jasa Florance yang tidak dapat saya ungkapkan dalam entry ini.beliau juga ada menerbitkan atau menghasilkan buku dan antaranya ialah Notes On Nursing.

-->Dan kini, Dunia barat berjaya mendapatkan tarikh yang sesuai untuk Hari Jururawat Sedunia sebagai tarikh penting bagi pengamal kerjaya kejururawatan bersempena dengan tarikh lahir Florance Nightingale iaitu 12Mei.

-->Sekiranya dunia moden kini menyanjungi Florence Nightingale sebagai jururawat tersohor kerana sumbangannya yang merawat para tentera British, seharusnya kita sebagai MUSLIM menyanjungi dan menjadikan Rufaidah binti Sa’ad sebagai ikon, seorang jururawat hebat yang telah mempelopori dunia jururawat ini 1300 tahun  lebih awal sebelum Florence Nightingale.

-->ya, sebagai yang bakal bergelar jururawat, kita seharusnya lebih mengenali atau teruskan mengkaji dua orang tokoh ini supaya kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama2 mereka ini serta menjadi jururawat yang terbaik untuk ummah. Tepuk dada tanya iman. In Shaa Allah.

Last but not least,

"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain." (Riwayat al-Baihaqi)

Tahniah dan Beruntunglah dengan Kerjaya Anda.

sekian

Florence berargumen bahwa dengan adanya sekolah perawat, maka profesi perawat akan menjadi lebih dihargai, ibu-ibu dari keluarga baik-baik akan mengijinkan anak-anak perempuannya untuk bersekolah disana dan masyarakat akan lain sikapnya menghadai seseorang yang terdidik.
Sekolah tersebut pun didirikan di lingkungan rumah sakit St. Thomas Hospital, London. Dunia kesehatan menyambut baik pembukaan sekolah perawat tersebut.
- See more at: http://askep-net.blogspot.com/2012/02/florence-nightingale.html#sthash.e1H7ARGj.dpuf
Namun hasrat Florence adalah tetap menjadi perawat. Ketika berumur 20 tahun ia meminta ijin kepada orang tuanya untuk memasuki rumah sakit dan mempelajari keperawatan, tetapi orang tuanya tetap tidak mengijinkan karena rumah sakit pada saat itu keadaannya sangat memprihatinkan. Walaupun dilarang, semangat Florence untuk menjadi perawat tidak pupus. - See more at: http://askep-net.blogspot.com/2012/02/florence-nightingale.html#sthash.e1H7ARGj.dpuf
Namun hasrat Florence adalah tetap menjadi perawat. Ketika berumur 20 tahun ia meminta ijin kepada orang tuanya untuk memasuki rumah sakit dan mempelajari keperawatan, tetapi orang tuanya tetap tidak mengijinkan karena rumah sakit pada saat itu keadaannya sangat memprihatinkan. Walaupun dilarang, semangat Florence untuk menjadi perawat tidak pupus. - See more at: http://askep-net.blogspot.com/2012/02/florence-nightingale.html#sthash.e1H7ARGj.dpuf
Namun hasrat Florence adalah tetap menjadi perawat. Ketika berumur 20 tahun ia meminta ijin kepada orang tuanya untuk memasuki rumah sakit dan mempelajari keperawatan, tetapi orang tuanya tetap tidak mengijinkan karena rumah sakit pada saat itu keadaannya sangat memprihatinkan. Walaupun dilarang, semangat Florence untuk menjadi perawat tidak pupus. - See more at: http://askep-net.blogspot.com/2012/02/florence-nightingale.html#sthash.e1H7ARGj.dpuf

13 comments:

  1. Mabrouk ya ukhti..syukran atas info yang dikupas.Nama florence Nigntingale sering diangkat dan disanjung oleh golongan jururawat, kerana pengalaman kita sepanjang belajar di sini nama ini sudah diperkenalkan sejak dari tahun satu lagi. Sedihnya apabila tokoh-tokoh islam dilupakan . :( Bukan menyangkal sumbangan yang telah diberikan oleh florence nightingale, tapi alangkah bagusnya sekiranya nama Rufaidah disanjung dan dipuji seperti Florence Nightingale atu lebih lagi kerana Rufaidah membantu dalam memperjuangkan Islam.. Ayuh sama-sama kita muhasabah sebentar.. jadikanlah tokoh -tokoh islam sebagai pembakar semangat dalam kehidupan..

    ReplyDelete
  2. mabrouk ya sahabat :) tajuk yg memang x prnah trfikir untuk dibincangkan..tq sebab sharing banyak tentang tokoh2 islam.. Rufaidah!! nama yg tidak asing lagi tapi masih banyak yang tidak tahu mengenai sejarah dan jasa beliau.. sungguh memalukan kerana tidak pernah ingin mengenali beliau!! kerana dialah sepatutnya yang menjadi jururawat pertama yang kita sanjungi disebabkan oleh jasanya kepada Islam
    -ilham syuhana bt mohd nain (A138301)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    Sangat menarik tajuk yang diberi. Saya pun menjadi hairan kenapa kita mengikut budaya barat seperti Florence Nightangle. Mengapa di setiap jurusan perubatan mereka melibatkan tokoh-tokoh dari barat. Sedangkan dari negara Islam juga mempunyai tokoh masing-masing. Jika artikel ini dipamerkan dihadapan umum mungkin akan membuka mata segelintir orang barat bahawa Islam juga mempunyai tokoh sendiri.. (^^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah akan di pamerkan..... tq :)

      Delete
  4. Assalamualaikum mas

    Panjangnya. haha Tapi terima kasih sebab Aten baru tahu tentang tokoh jururawat Islam sebab sebelum ni Prof dari unit Paed pernah bertanya, 'kenapa kamu semua menyanjungi tokoh mat saleh ni? Kan kita ada tokoh Islam.' Masa tu Aten tak tahu macam mana nak balas sebab kurang ilmu. InsyaAllah, info ni dapat digunakan pada masa akan datang.

    Nur Fatin Binti Ramli A138012

    ReplyDelete
  5. Syabas atas perkongsian yg menarik ini.. seharus setiap sistem pendidikan kejururawatan dan perubatan di institut pengajian tinggi memperkenalkan tokoh2 dalam dunia islam ni.. tak salah kita menghargai tokoh barat sbb mereka mmg berjasa tapi jgn lupa krn klau bkn krn ilmuan islam yg mencari, mengumpul, menterjemah serta melakukan ujikaji berkenaan ilmu2 pada zaman awal, dan klau sumber2 islam xdibakar oleh manusia yg tamak halobe, sudah pasti eropah masih lg akan ketinggalan skrg ni.. tp Tuhan lebih tahu ape yg terbaik.. wallahualam

    ReplyDelete
  6. tajuk yang menarik tentang tokoh jururawat. bila di tanya siapak tokoh jururwat? saya pasti ramai yang menjawab florence nightingale. sedikit menyedihkan apabila tokoh jururawat islam di lupakan. saya rasa tokoh jururawat islam ini perlu diperkenalkan dalam silibus jururawat disamping tokoh-tokoh yang lain. jasa beliau juga perlu dihargai dan perlu jadikan pengajaran kepada kita.

    nur hafizatul akmal ramli
    A138033

    ReplyDelete
  7. Subhanallah...indah rupanya tugas seorang jururawat ini. Dari zaman rasulullah lagi tugas ini sudah wujud. Mulianya seorang jururawat itu terletak pada niatnya. Sesungguhnya bukan mudah mahu menjadi seperti Rufaidah. Sayangnya, ramai yang tidak tahu tentang wujudnya tokoh jururawat yang beragama Islam ini. Semoga kita bersama-sama istiqamah dalam melaksankan tanggunjawab dan amanah sebagai seorang jururawat kelak! ^^

    FATIN AMIRA BINTI AHMAD A134117

    ReplyDelete
  8. Salam.
    nice topic :) thank you
    ciri-ciri yang ada pada Rufaidah mirip peranan jururawat pada hari ini.
    jelas, siapa dahulu yang hadir dalam dunia kejururawatan, dan jelas siapa yang meniru siapa.
    bukan sahaja dalam bidang sains, malahan sejarah terutamanya, masyarakat Islam ditipu dengan manipulasi fakta sehingga kita lupa siapa pencetus, siapa peneroka sebenar.
    akan tetapi bukan Barat yang harus dipersalah, diri sendiri kerana kurang membaca yang harus dipersalahkan.
    terima kasih kerana menulis satu topik perbandingan antara tokoh islam dan barat. tidak dinafikan, kedua-duanya berjiwa 'jururawat' namun yang meletakkan Allah sebagai yang pertama pasti itu yang harus diteladani. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen diatas ditulis oleh ATIEFAH AMALIANA BINTI OMAR A138265

      Delete
  9. Pendidikan sekular sejak zaman penjajahan meyebabkan kita begitu mengagung-agungkan sejarawan, tokoh korporat dan apa-apa sahaja dari Barat. Walaupun Malaysia telah diiktiraf sebagai negara merdeka, namun pemikiran dan kefahaman sebegitu sukar disingkirkan. Kita tidak boleh menuding jari menyalahkan sesiapa, yang penting ialah kesedaran sendiri untuk mempelajari betapa hebatnya Islam dan manusia pada zaman itu.

    Adakah kita jugak seperti mereka?

    Norfa Fatihah Mohd Fauzi A138334

    ReplyDelete
  10. salam mas,tahniah....tajuk yang menarik untuk dibincangkan dan info-info yang mas bagi pun best dan memang tak pernah terfikir untuk kaji atau ambil tahu sangat tentang tokoh-tokoh nie.Bagi lili,dua-dua ada ciri-ciri yang boleh kita contohi dan terapkan semasa bekerja nanti.Nak request boley? ada tak tokoh jururawat lelaki,hehehehe kalau ada menarik jugak kan :)

    ReplyDelete
  11. Hi Mas.
    Ini informasi yang sangat menarik dan pertama kali saya baca tentang tokoh jururawat Islam.
    Thanks for sharing =)

    ReplyDelete