BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 15 May 2014

10 Foto Teknologi dan Inovasi dalam Perubatan

1.      Alat menyukat kadar gula dalam darah yang Mudah

Pengukur glukosa darah dan pemantauan adalah sesuatu penting untuk pesakit kencing manis untuk memastikan paras gula di bawah kawalan. Oleh kerana terdapat lebih ramai pesakit kencing manis kini disebabkan oleh perubahan gaya hidup terutama di negara-negara maju, peranti pemantauan glukosa darah semakin dalam permintaan. Peranti pengukur semakin kecil, lebih mesra pengguna, dan sangat maju. Direka oleh pemaju Itali, Giulio Sbarigia, Glucogrip menggabungkan keselesaan dan teknologi bagi membolehkan pesakit untuk mengukur glukosa dalam darah mereka dengan cekap.

Ia menggabungkan Lancing dan penganalisis darah untuk memudahkan proses untuk penghidap kencing manis. Ini pemuatan jarum dioptimumkan oleh cakera dan tidak meninggalkan luka-luka pada kulit di samping menghapuskan kesakitan. Setiap cakera mengandungi 50 jarum dan boleh diubah. Selain itu, ia mempunyai memori untuk menyimpan data-data kesihatan yang lepas.


2.  Tungku moden mak bidan

Teknologi terkini telah menghasilkan tungku moden yang mengantikan cara lama iaitu bertungku menggunakan tungku besi atau batu sungai sewaktu dalam proses berpantang selepas bersalin. Tungku moden dicipta seperti bantal ini berperanan sebagai tungku mudah alih sangat sesuai digunakan oleh ibu selepas bersalin. Ia nya sangat praktikal kerana tungku ini tidak perlu kerap memanaskan seperti tungku besi atau batu sungai. Masa untuk menyediakan tungku juga lebih singkat kerana tungku  moden hanya perlu di caskan pada elektrik selama 5- 8 minit dan ia  tersedia untuk di pakai. Tungku moden ini juga tidak terlalu berat atau terlalu ringan dan sangat sesuai untuk di gunakan oleh semua wanita lepas bersalin.

Malah ia juga boleh di gunakan untuk kegunaan lain seperti meredakan sakit perut ketika senggugut, bengkak akibat terseliuh , mengurangkan rasa sengal-sengal di badan, lenguh-lenguh sendi, membuang lemak, membuang angin, melancarkan peredaran darah, sakit urat, kembung perut dan berbagai kegunaan lain yang boleh di aplikasikan. Bantal Panas adalah sebuah bantal seperti hot water bag.



3.    Alat mengukur tekanan darah untuk OKU
Designer: Shenzhen Nd Industrial

Alat tekanan darah ini mampu membantu orang yang mempunyai masalah penglihatan terutamanya orang buta yang menghidap penyakit darah tinggi atau cacat penglihatan untuk membuat pemeriksaan tekanan darah tanpa bergantung kepada orang lain atau erti kata lain dengan sendiri atau bebas. Monitor atau alat  ini mempunyai sistem pengukuran bersepadu yang mengukur dengan tepat tekanan darah .Monitor ini diperbuat daripada bahan-bahan lembut dan selesa dan dengan mudah boleh diikat di pergelangan tangan pengguna. Braille yang dihasilkan membantu pengguna membaca ukuran tekanan darah dan kadar mereka. Monitor tekanan darah untuk orang buta dan cacat penglihatan adalah satu keperluan yang penting untuk kualiti kehidupan seseorang, kerana ia membantu mereka memeriksa kesihatan atau tahap tekanan darah mereka dengan sendirinya supaya penyakit lain dapat dihindar.




     4. High-Tech analisis Lemak

Alat keluaran negara Jepun ini mampu mengukur berat badan dan Body Mass Index (BMI), jumlah lemak di bawah kulit anda, lemak organ, bagaimana keadaan otot, dan kadar metabolisma badan. Selepas ia mengambil semua bacaan, alat ini akan memberitahu bagaimana keadaan badan seseorang daripada semua bacaan dengan umur seseorang , dalam erti kata lain samada metabolisma badan,otot serta organ sesuai atau tidak dengan umur sekarang .

Dengan bantuan alat ini,  anda dapat mengelakkan sindrom metabolik, yang merupakan kombinasi gejala-gejala yang menunjukkan anda obesiti, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, dan juga kencing manis.



5.      E -health cigarette(ROKOK ELEKTRONIK)

Electronic Health Cigarett(ehc) - Rokok Elektronik Ehc Adelah Kaedah Untuk Berhenti Merokok. e-HC atau nama penuhnya Electronic Health Cigarette ATAU dalam bahasa Melayunya, Rokok Kesihatan Elektronik adalah merupakan satu teknologi terkini untuk merokok. Anda boleh merokok tetapi anda akan JIMAT dan anda akan lebih SIHAT.

e-HC ini sama seperti rokok biasa. Sama mcm Dunhill, Marlboro, Saat, Gudang Garam, Peter Styvesant, Pall Mall, Benson & Hedges, dan lain2 lagi jenis rokok. Cumanya, e-HC ada kelebihan. Banyak kelebihan.

Rokok elektronik ini lebih sihat & tidak merbahaya khususnya kpd ahli keluarga anda.
Ia ini adalah salah satu kaedah terbaik kepada perokok yg nak berhenti merokok atau untuk mereka yg nak jimatkan belanja rokok. Dengan e-HC, anda mampu jimatkan lebih kurang 80% kos belanja rokok anda sebulan

Kebaikan:
1. Tiada Tar.
2. tiada bahan kimia merbahaya.
3. Mengandungi wap air, (seakan asap)jisim yg halus. Tidak sesak nafas.
4. tiada bau busuk.
5. Tiada abu.
6. Tidak masuk angin
7. Menggunakan bateri.
8. Tidak mengaratkan gigi.
9. Boleh dihisap di tempat berhawa dingin.
10. Boleh dibawa mandi
11. Nampak lebih canggih.
12. Save duit & ruang poket.
13. mengurangkan risiko penyakit yang disebabkan oleh merokok
-nikotin dan perisa didalam filter/puntung.
1 pcs filter boleh dihisap 200 sedutan bersamaan dengan 20 batang rokok tembakau..didalam set mempunyai 10pcs filter percuma..

- Microprocessor juga akan menyalakan LED yang berwarna oren supaya menampakkan seperti rokok yang terbakar ketika di hisap. Di Malaysia, E-cigarette di jual pada harga RM250

Setiap satu set lengkap e-HC mempunyai 5 jenis items. Iaitu :
1. Satu batang rokok e-HC.(battery+atomizer)
2. Satu kotak katrij / puntung (ada 10 batang semuanya)(Marlboro/dunhill/strawberry/mint/tobacco/coffae)
3. Satu USB connector (wireless or with wire).
4. Satu charger dalam kereta.
5. Satu charger biasa (electric plug).



6.      Wrist Blood pressure monitoring

Pemeriksaan  tekanan darah  dan nadi dengan cepat dan selesa dengan automatik sepenuhnya Sanitas Monitor Tekanan Darah di pergelangan tangan buatan Jerman.Ukuran diambil daripada pergelangan tangan, membuat ia mudah untuk memeriksa tekanan darah anda di mana sahaja. Antara kelebihan alat ini adalah setiap ukuran akan mendapat bacaan yang tepat, menggunakan 2bateri saiz AAA dan harga produk ini adalah RM180 sahaja. Alat pengukur tekanan ini juga mempunyai saiz cuff untuk lilitan pergelangan tangan di antara 13.5 hingga 19.5 cm. Ia juga mempunyai catatan tarikh dan masa, 60 ruang memori serta auto pra-pemilihan dan deflasi.



7.      Alat Pengesan Oksigen Dalam Darah/Badan

Alat mengesan paras oksigen dalam darah ini sangat penting terutama kepada pesakit yang menggunakan bantuan oksigen dihospital mahupun dirumah. Ia mudah dibawa kerana saiznya yang kecil dan cuma perlu dicaj. Alat ini juga boleh digunakan oleh paramedik untuk melakukan kerja-kerja menyelamat kerana senang dibawa. Alat ini berharga US$99.00 atau RM300.



8.    Pengesan SIDS

Kejadian sindrom kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome (SIDS))masih menjadi punca utama kematian bagi bayi yang berumur 1 hingga 12 bulan. Satu alternative atau peranti baru dihasilkan sebagai pengesan SIDS untuk memantau pergerakan bayi dengan pengesan gerakan sensitif.
SIDS mudah alih ini seberat 30 g di letakkan pada bayi, ianya sangat sensitive kepada pergerakan bayi  seperti pergerakan  pernafasan.  Lampu berwarna hijau akan menyala sekiranya terdapat pergerakan bayi. Jika bayi tidak bergerak dalam masa 15 saat alat berkuasa bateri ini mengaktifkan getaran denyutan untuk merangsang pernafasan bayi. Teknik ini dikenali sebagai “rangsangan kulit” digunakan di hospital untuk penjagaan neonatal di wad di seluruh dunia. Sekiranya tiada gerakan selanjutnya daripada bayi selepas 5 saat berlalu, alat atau peranti ini akan mengeluarkan penggera yang boleh di dengar sebagai tindakan yang selanjutnya dan segera. Alat ini bersaiz kecil tetapi amat berkesan dan tidak menimbulkan bahaya kepada bayi sekalipun.



9.      Hapifork, Makan pelahan - Kurang Berat- Terasa Hebat dan Sihat

Masalah penghadaman dan pengawalan berat badan yang tidak konsisten atau lemah adalah berpunca daripada makan makanan yang terlalu cepat . HAPIfork merupakan garpu elektronik yang membantu dan turut  memantau dan menjejaki serta mengawal tabiat pemakanan anda. Ia juga memberi amaran atau isyarat dengan bantuan lampu penunjuk apabila  makan terlalu cepat.HAPIfork juga akan mengukur:

- Berapa lama kita mengambil masa untuk  makan.
- Jumlah "hidangan" diambil setiap minit.

Maklumat ini kemudian boleh dimuat naik melalui USB/bluetooth ke Dashboard Online anda untukmengesan kemajuan dan tahap kesihatan serta tabiat pemakanan anda terkini. HAPIfork ini juga dilengkapi dengan aplikasi HAPILABS/HAPI.com yang ditambah dengan program latihan untuk membantu meningkatkan tingkah laku pemakanan anda.


10.     Heart Check Pen

HeartCheck  PEN adalah untuk membolehkan pesakit untuk melihat dan mencetak ECG mereka sendiri dan mengkaji ritma atau dengupanjantung dan kadar denyutan jantung.

Peranti  HeartCheck PEN adalah padat, mudah untuk digunakan, dan mengambil bacaan jantung tepat bila-bila masa dalam hanya 30 saat. Menyimpan sehingga 20 ritma jantung, data boleh dimuat turun dan dicetak dari komputer, atau dihantar kepada pakar perubatan, klinik, atau ECG menyelaraskan pusat.

Bacaan jantung boleh diambil bila-bila masa gejala muncul, di mana sahaja termasuk di rumah, pejabat, gym, atau di kawasan pedalaman yang kini tidak boleh diakses kepada mesin ECG biasa terdapat di hospital-hospital dan klinik

Anda boleh mendapatkan bacaan segera sama ada degupan jantung anda adalah biasa, lambat atau cepat  atau masalah yang boleh membimbangkan secara berterusan bagi mereka dengan isu-isu jantung.

No comments:

Post a Comment